Friday, March 18, 2011

-Makluman-

hm~dengan segala hormatnya dimaklumkan....saya masih tak tahu nak update apa dekat sini...(cakap sorang2ja..mana ada pengunjung pun..haa~)
sekarang ni, asyik melawat blog2 orang...baca dan share @ fb...sungguh tiada idea...haa~itu saja kot...
kepada sesiapa yang tengah membaca blog nie... (terjumpa la tu..sesat e~), saya nak cdgkan beberapa blog yang pernah saya lawati...


deorang(blogger2 ) ni aktif juga . maklumlah, deorang duduk @ umah/ ada kompite sendiri...so, senangkn?..bukan macam saya...duduk @ asrama pun nak buat blog dah, abis tu xtaw nak tulis apa...ha2~
mungkin bukan tiba masanya lagi kot untuk saya berblogging~
lepas spm aja~ :):)


http://aljannatulajilah.blogspot.com
http://fabulaislamic.blogspot.com
http://menongkaharus87.blogspot.com
http://hitoeniyuukan.blogspot.com

kalau ada blog2 menarik, tinggalkan link ya :):)
>>mencari juga blog sahabat2 ILI

SYukran atas ziarah~

Friday, February 25, 2011

-salam pulang-

saya nak tulis entri baru...tpi, nak tanya pdaat kawan2 @ iluvislam dulu...but...iluvislamchat sdh tiada...hm~mungkin dibuang sbb byk orang ckp benda2 yang x berfaedah... itulah~ manusia...itu saja..
saya kna study.. minggu depan exam..doakan sayaaaa.....

Saturday, February 5, 2011

-jodoh-



Assalamualaikum Warahmatullah....

Walaupun sedang sibuk membuat persiapan kembali ke Bait At-tolabah, namun jari ini ringan menaip kata-kata terakhir sebelum berangkat pulang...bukan apa~mungkin 1 bulan lagi baru dapat menjenguk blog ini semula...Ya Allah~rindunya....

Sebelum berangkat, ingin saya katakan sesuatu tentang 'jodoh' .. Ya, Jodoh~
Saya tahu, mungkin terlalu awal ingin saya bicarakan tentang jodoh, tapi, tak salahkan jika saya ingin memberi sedikit kata dan mengeluarkan sedikit tanya?

jodoh>>>
sepertimana yang kita ketahui, jodoh kita telahpun ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Si a dengan si B, si C dengan si D ... begitulah ~
bagi yang sudah menemukan jodohnya, Alhamdulillah.. Mabruk ya!! pencarian antum telah selesai. Telah antum sempurnakan sebahagian daripada agama antum...

bagi remaja seperti saya, pasti tertanya-tanya, kan, siapa jodoh mereka? Ya..mungkin ada, namun tak kurang juga yang tidak menghiraukannya..biarlah~kalau jodoh takkan ke mana...benarkah? Wallahua'lam..
Inilah salah satu yang dapat saya perhatikan , indahnya Islam. Kadang-kadang orang yang tak pernah berjumpa pun dapat membina masjid mereka.. Apa yang membuatkan mereka boleh terikat , ya? ...jawapannya seperti tadi, JODOH yang telah Allah tentukan!!!

rakan saya pernah bertanya, "nti, ana nak tanya sikit, jodoh kita telah ditetapkan oleh Allah , kan? tapi, macammana kalau jodoh yang Allah tetapkan itu meninggal dunia? Kita akan membujangkah sepanjang hidup kita?"

--Ya Allah, tersentak saya. Aah~betul juga ya kata sahabat saya itu..bagaimana ya?~~
pada mulanya ingin saya katakan bahawa jika sudah menjadi jodoh, pasti akan bertembung jua, namun setelah berpuluh-puluh blog yang saya lawati, berpuluh-puluh buku yang telah saya khatam, saya kurang keyakinan untuk mengatakan tentang perkara itu... dan kini, saya juga masih dalam tanda tanya..
tapi, memang sifat saya, kalau belum berjumpa pihak atau individu yang sesuai untuk ditanya... "biarlah~jauh lagi" (biarlah ini hanya untuk perkara-perkara yang memerlukan pemikiran yg sematang-matangnya...bukan pelajaran ya..)

jadi, Alhamdulillah..mulai hari ini, telah saya hilangkan perasaan yang tidak patut dalam diri saya, tak patut bagaimana ya? Hanya Allah yang lebih mengetahui..


p/s: itulah sahaja yang ingin saya katakan kali ini...bosan dengan entri saya? asif ya...baru sahaja mengorak langkah untuk menjadi penulis blog yang berjaya dan mungkin...agak...kurang mahir dalam menyusun kata sedangkan minda hendak meluahkan segalanya ~itulah kelemahan yang perlu saya baiki:):)



>>yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk juga datang daripada Allah, tetapi melalui kelemahan yang terdapat pada diri saya . Sudah tiba masa untuk saya berangkat pulang, doakan kecemerlangan saya dalam pelajaran saya! Syukran ~<<

Assalamualikum WarahmatullahiWabarakatuh~

Friday, February 4, 2011

-sekadar coretan-


Hm~sangat 2 sedih apabila ketika tangan dah lancar menaip, mengeluarkan hujah-hujah di laman-laman chat...
tiba-tiba...”wireless not connected”.....
hm~kenapa selalu begini ya? Ya~saya tahu...jawapannya...mungkin geografi tempat ini jauh daripada Bandar..but, selalu –selalu ok sahaja~
dalam menaip ini, saya menunggu ..cakap sendirian, “line oh line , bilalah ngko nak ok balik ni ?”
 Coretan ini pun hanya ditulis dalam suatu tempoh masa yang amat sunyi di Microsoft office word. Dan, for sure, akan di “kopi”  kemudiannya di”tuang”kan ke dalam blog kesayangan saya. Mahu buat apa lagi selain mengeluarkan rasa/ pendapat...
Mungkin Allah nak tegur saya, kan? Kalau-kalau sya ada terlepas cakap dalam mengeluarkan hujah..tapi, nak difikir-fikirkan semula, ada kah? Ntahla~.. Selalunya kalau saya cakap kejam sangat, ‘automatic’ rasa macam ssorg yg kejam dan chow..  :):)

Lagi 2 hari, saya perlu menyambung pembelajaran saya~ menghadap buku + whiteboard... dengar cikgu2 a.k.a lecturer sampaikn ilmu mereka...
Ops....pembelajaran? baru teringat. Kerja banyak lagi tak siap..hm~biasalah ,,saya~ sekarang pun dah pukul 12:41.
oh~ 12:41...Maknanya bukan lusa lah balik hostel but, ESOK!!!.. YA Allah, cepatnya masa berlalu~  7 hari cuti rasa macam 2/3 hari sahaja...
 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Haa~line tiba2 dah ok sikit. Tapi, saya tahu~takkan bertahan lama tu... Seeloknya saya manfaatkan masa yang suntuk ni dengan “mentelaah”  internet buat kali terakhir mungkin untuk bulan ni...
Akhir kata- Syukran  lakum, sudi baca blog saya/ana...
Mana-mana sajalah ye... ana/saya, satu maksud sahaja..
undur diri daripada laman sesawang.. Fokus Spm!!! Bittaufiq wannajah ~

Monday, January 31, 2011

sambungan "layakkah aku?"

hm~pukul 4 lah balik rumah. ole-ole bertimbun ni. Kalau boleh siapkan sekarang seronok juga, mesti balik ni boleh main-main sikit...

pejam celik, pejam celik... sreet~ oh, abah dah sampai rupanya.. "oklah Sya, Zati, nur balik dulu ye." kataku sambil bersalaman dengan mereka. oh~indahnya persahabatan ini...

di pertengahan jalan, adikku merengek kelaparan , dan seperti biasa, aku turut menyokongnya dengan mereka ayat untuk dikatakan kepada abah..haha~kami memang sekepala..
"oklah~kedai depan tu buka,kan? " "hm~aah..buka. tapi tak ada orang yang makan kat situ. tak kisahlah~jom abah..hehe"

"kak, bagi saya nasi goreng daging merah tanpa sotong . ha , adik, nak makan apa? oo~kakak taw. bagi nasi goreng tu lagi satu ya!"
sesampainya tempahan tersebut, rasa geram terus bertandang di hati ku. ish akak ni! orang cakap jangan letak sotong, nak letak jugak. ni geram nih. bayar balik!" bebelku dalam hati sambil menunjukkan ekspressi muka yang agak marah. Bukan sengaja aku mengada-ngada tidak sukakan sotong, tapi mahu bagaimana lagi, doktor yang menasihati aku supaya jangan makan haiwan laut tersebut, alergik katanya.

"abah, tengok menu ni. orang cakap jangan letak sotong, janganlah letak. tak prihatin betul! " omelku sambil mengharapkan abah akan marah begitu juga.
Tapi.... "tak apalah dik. bungkus sajalah nasi ni. ha~bawa lagi satu yang tak ada sotong ya"

ha..abah? napa tak marah? ish~bertambah lemak la deorang tu nanti.
menu kedua sampai, aku dan adik menikmatinya dengan khusyuk sekali, biasalah~lapar...nanti nak tanya abahlah.

dalam kereta, sedang menuju ke masjid utk menunaikan solat asar.."abah, kenapa abah tak marah deorang tu tadi. geram betul! orang mintak lain, deorang bagi lain. ish! "
dengan tenang, abah menjawab... "nur, tadi abah rasa abah boleh bertolak ansur. Perkara kecil sahaja,kan? Lagipun, abah dah kata kat diri abah yang tu mungkin bukan rezeki kita. Entah rezeki siapalah nanti. Rezeki kita hari ni bukan nasi itu .. "

"oh..." aku tersentak "betul juga ya". Kenapalah aku tak berfikiran macam abah ,tadi. Ish..malunya, dahlah tengah pakai tudung labuh ni, buat muka marah pulak. Habis tercemar imej mereka-mereka yang bertudung labuh dengan minded set 'orang pakai tudung labuh cepat marah' aaa~janganlah~ takmahulah macam tu..
Entah kenapa, fikiranku melayang mengingatkan jawatan 'naqibah' tersebut..aish~nampak sangat aku ni tak layak.
dan ,dalam diam, aku kagumi sifat abah yang pemaaf itu. Hm~harap-harap nur boleh jadi macam abah suatu hari nanti..

Sesampainya di rumah, seperti biasa, tempat pertama yang ku tuju adalah bilik kesayanganku yang bercat biru lembut itu..aduhai bilik~ rindunya..dah sebulan tak tidur dalam ni. Dan, tanpa membuang masa lagi, aku meneruskan misi aku..sudah menjadi kebiasaan, misi aku adalah MEMBUKA FACEBOOK. hehe~tengok perkembangan baru. Aku dapat rasakan yang sejak akhir-akhir ni, pandai pula aku memanfaatkan facebook.acece, puji diri sendiri.haha~ Betullah, aku suka share macam-macam. Sudah jadi  hobiku.

lepas facebook, blog.. ya~blog yang dah bersawang tu." hm~" keluhku kesal. Malaslah nak update blog ni. Rasa macam xde apa-apa yang menarik je. Macam tak berfaedah ada juga.. Kisah hidup saja~ bosanlah..tak boleh bagi manfaat dekat orang lain. Seterusnya...ILUVISLAM. ya, ni seronok ni.

Pantas sahaja tanganku menaip..search : "cerpen" . Ya, cepat2, mana sambungannya hari tu? haa~ada pun..Dengan khusyuknya aku menghayati cerpen-cerpen tersebut. Mungkin boleh jadikan sebagai bahan untuk diceritakan dalam usrah nanti.  Memang niatku begitu, cari cerita untuk disampaikan dalam usrah. Aku memang suka bercerita..tak tahulah kenapa..sejak azali~

selepas 'menelaah' beberapa cerpen tersebut, aku menekan 'home' ..hm~apa artikel terbaru ya? "oh~" .mataku tertancap pada bar yang paling bawah di situ. 'join chat(16)'.  ish~lupa pulak..seronok jugak chatting di sini. pelbagai peringkat umur ada, akak2 ada, adik2 ada, ustaz2 ada.
Tapi, masih adakah teman-teman chatting sebelum aku pulang ke 'bait At-Tolabah' hari itu ya? hm~ connecting...
oh~ dah tak adalah deorang semua tu.. segan pulak nak masuk cari kawan-kawan baru. haha~itulah kelemahanku..'takut' , bukannya tak akan dapat kawan,kan?  tapi ,takut untuk bercampur itu terlebih. Takut orang tak layan..haha~

aku memberi salam dan mula bertanya tentang soalan-soalan yang bermain di fikiranku.....

tapi, seperti biasa, pasti ada saja perkataan aku menceriakan orang dan mungkin tak kurang juga yang mengguris hati orang...maklumlah~aku bukanlah jenis yang menonjolkan siapa aku..tambah-tambah pada orang yang tidak kukenali..orang add aku pun kadang-kala aku x mengesahkannya..bukan apa...TAKUT~ maybe..
 --------------------------------------------------------------------------------

haa~cerita ni tak habis lagi ya...mungkin bersambung lewat sedikit..sebab saya tak punya idea yang mencurah-curah seperti waktu exam lah...hehe~ maaf ya...

to be continued>>>

layakkah aku?


suatu malam~ waktu kelas persediaan malam sedang berjalan...tiba2~... "assalamualaikum...akk nak ckp sekejap ni.." ..`oh~kak ira rupanya`, monologku..dan semua di dlm bilik prep tu masing2 mngeluarkan bunyi..SYYHHH..haa! bagus betul~semua org patuh..ni la yang saya suka tentang sekolah ni..walaupun nakal, tapi ada 2 kelebihan yang saya nampak kat sekolah ni..pelajar2nya JUJUR dan beri PERHATIAN ketika 'announcement' .hehe~melencong pulak~

 "nama-nama yang akak panggil ni tolong keluar sekejap, akak nak jumpa..." azra, su , ida, dhiya, aina, ...." hmm-mesti naqibah2 tu, budak2 baek semuanya ..xpelah..semua di situ sedia maklum yang insan sopan yang sedang bersuara itu adalah seorang badar lujnah usrah dan tarbiyyah.

aku meneruskan kerja sekolah yang menggunung di atas meja prep tu..banyak nye kerja yang cikgu bagi..macam nak spm dah..haha~xpe nur..chaiyok2!! ngko boleh punya! aku memberi semangat pada diri sendiri. tapi, di suatu saat aku terdengar namaku dipanggil.. "nur..." ..aish~betul ke ni..ke sorg lagi yg sama nama dengan aku nie...harap2 la..~ tapi, perasaan pelik membelengguku apabila kak ira menghalakan ibu jarinya  padaku tanda akulah orang yg dimaksudkannya...haa? biar betul? adess~knapa saya, akk?

dan pada malam itu juga kak irah meminta izin mencuri sedikit masa kami ...

dalam bilik mpp.."hm~kamu semua tahu tak kenapa akak panggil kamu?" semuanya menunjukkan ekspressi terkejut tanda tidak tahu walaupun mungkin semuanya telah sedia maklum, cuma malu mengiyakannya. "sebenarnya, akak-akak form 5 sepakat lantik kamu semua jadi naqibah untuk ganti tempat naqibah-naqibah tingkatan 5. tadi, waktu akak panggil nama kamu semua, akk dengar kawan-kawan kamu cakap..budak-budak baik..kan?" ..yela~ baiklah sangat aku ni..monologku lagi~


"jadi, akak harap kamu semua bersedia...esok akak nak taarufkan kamu semua pada penghuni2 aspuri ya.."

pulang daripada perjumpaan tersebut, aku masih tidak dapat berhenti memikirkan kata-kata kak ira.."akak nak taarufkan kamu semua"

..sehinggalah esok pagi, di sekolah.."ilah..tolong nur! macammana ni, malu nya nanti kak ira taarufkan kiitorang kat kuliah nanti..orang lain mungkin tak kisah, tapi..mesti ramai condemn nur, kan? yela..nur bukannya tergolong dalam budak-budak baik pun..kenapa entah akk tu pilih nur?..pelik juga" ..ilah ,teman rapatku yang baik,alim..walaupun diriku ini bukan tergolong dalam mereka yang alim, wara', tapi aku boleh dikatakan rapat dengan mereka..seronok! .mereka banyak cerita~ rasa tenang sahaja apabila melihat air muka mereka.

"ish...nur ni. nur baiklah ilah tengok. nak malu-malu pulak.." begitulah kebiasaan ilah..sentiasa menenangkan orang. "ye la sangat ilah.. hm~"..

"yela...ilah suka tengok gaya nur..ala nur~jangan la malu-malu macam nie..ilah rindu nur yang dulu..happy dan sporting je.. " aku hanya mampu tersenyum..sesungguhnya aku juga merindukan 'aku' yang dulu.. happy, sporting, xde prasaan kat org..aduiii..melencong pula aku ni..aku tersengih sendiri.

pulang daripada sekolah...masa yg ditakuti akhirnya tiba jua..."assalamualaikum, para mujahidah pejuang agama. hari ini ana nak kenalkan antunna semua dengan beberapa orang naqibah yang baru dilantik untuk menggantikan naqibah-naqibah yang terdahulu. minta berdiri ya naqibah-naqibah baru kita..azra..nur.. "aku bangun sambil menundukkan kepala. bukan kerana menjaga pandangan tetapi kerana malu..ya~ malu.. pasti mereka hairan,kan.. kenapa aku antara yang dilantik kerana begitu banyak lagi mutiara-mutiara dakwah yang lebih layak daripadaku..aku hanya mendiamkan diri...

Ya Allah, adakah ini dugaanMu?

hari pertama bersama usrah...conduct adik2 f1..hm~macammana ya? ..aku diarahkan untuk masuk ke kumpulan kak syifa. nasibku baik kerana kak syifa merupakan seorang naqibah yang petah berkata-kata..tidaklah sunyi usrah ini kalau hanya mengharapkan aku...tapi, kumpulan hari tu hanyalah buat sementara waktu. Esoknya, kami dibahagi-bahagikan semula usrah mengikut kumpulan yang sebetulnya..Alhamdulillah, dapat kak naqibah yang petah berkata-kata macam kak syifa juga, cuma yang berbezanya kali ni kena conduct adik-adik form2,..lagi teruk~ deorang tanya soalan-soalan yang advance.. sangat-sangat advance. Tak terjawab aku. Nasib baik Kak Humaira ni ada.


hei nur, adik tu macam pandang pelik je kat ngko. maklumlah~ dia tahu macammana ngko kat asrama...xdelah pendiam sangat tapi bila masuk usrah, jadi budak baek..itulah ngko, sapa suruh jadi budak nakal time form3. "ish! mana adalah~ aku cuma masih tercari-cari identiti diri yang sebenar la waktu form3 dulu..." . Hati berbalah kata dengan perasaan.. ya..Mungkin ya..ya~aku akui. Aku memang bukan budak baek. Tapi, itu dulu...


nampaknya balik rumah ni nak kena "top-up" ilmu lagi ni..baru kusedar yang ilmu yang sudah kumiliki setakat ini hanyalah umpama setitis air laut dari lautan pasifik.

...bersambung... :) :)

>>maaf ya kalau tidak berapa faham akan selok belok cerita ni...si nur ni memang banyak monolog.. hehe~