Monday, January 31, 2011

layakkah aku?


suatu malam~ waktu kelas persediaan malam sedang berjalan...tiba2~... "assalamualaikum...akk nak ckp sekejap ni.." ..`oh~kak ira rupanya`, monologku..dan semua di dlm bilik prep tu masing2 mngeluarkan bunyi..SYYHHH..haa! bagus betul~semua org patuh..ni la yang saya suka tentang sekolah ni..walaupun nakal, tapi ada 2 kelebihan yang saya nampak kat sekolah ni..pelajar2nya JUJUR dan beri PERHATIAN ketika 'announcement' .hehe~melencong pulak~

 "nama-nama yang akak panggil ni tolong keluar sekejap, akak nak jumpa..." azra, su , ida, dhiya, aina, ...." hmm-mesti naqibah2 tu, budak2 baek semuanya ..xpelah..semua di situ sedia maklum yang insan sopan yang sedang bersuara itu adalah seorang badar lujnah usrah dan tarbiyyah.

aku meneruskan kerja sekolah yang menggunung di atas meja prep tu..banyak nye kerja yang cikgu bagi..macam nak spm dah..haha~xpe nur..chaiyok2!! ngko boleh punya! aku memberi semangat pada diri sendiri. tapi, di suatu saat aku terdengar namaku dipanggil.. "nur..." ..aish~betul ke ni..ke sorg lagi yg sama nama dengan aku nie...harap2 la..~ tapi, perasaan pelik membelengguku apabila kak ira menghalakan ibu jarinya  padaku tanda akulah orang yg dimaksudkannya...haa? biar betul? adess~knapa saya, akk?

dan pada malam itu juga kak irah meminta izin mencuri sedikit masa kami ...

dalam bilik mpp.."hm~kamu semua tahu tak kenapa akak panggil kamu?" semuanya menunjukkan ekspressi terkejut tanda tidak tahu walaupun mungkin semuanya telah sedia maklum, cuma malu mengiyakannya. "sebenarnya, akak-akak form 5 sepakat lantik kamu semua jadi naqibah untuk ganti tempat naqibah-naqibah tingkatan 5. tadi, waktu akak panggil nama kamu semua, akk dengar kawan-kawan kamu cakap..budak-budak baik..kan?" ..yela~ baiklah sangat aku ni..monologku lagi~


"jadi, akak harap kamu semua bersedia...esok akak nak taarufkan kamu semua pada penghuni2 aspuri ya.."

pulang daripada perjumpaan tersebut, aku masih tidak dapat berhenti memikirkan kata-kata kak ira.."akak nak taarufkan kamu semua"

..sehinggalah esok pagi, di sekolah.."ilah..tolong nur! macammana ni, malu nya nanti kak ira taarufkan kiitorang kat kuliah nanti..orang lain mungkin tak kisah, tapi..mesti ramai condemn nur, kan? yela..nur bukannya tergolong dalam budak-budak baik pun..kenapa entah akk tu pilih nur?..pelik juga" ..ilah ,teman rapatku yang baik,alim..walaupun diriku ini bukan tergolong dalam mereka yang alim, wara', tapi aku boleh dikatakan rapat dengan mereka..seronok! .mereka banyak cerita~ rasa tenang sahaja apabila melihat air muka mereka.

"ish...nur ni. nur baiklah ilah tengok. nak malu-malu pulak.." begitulah kebiasaan ilah..sentiasa menenangkan orang. "ye la sangat ilah.. hm~"..

"yela...ilah suka tengok gaya nur..ala nur~jangan la malu-malu macam nie..ilah rindu nur yang dulu..happy dan sporting je.. " aku hanya mampu tersenyum..sesungguhnya aku juga merindukan 'aku' yang dulu.. happy, sporting, xde prasaan kat org..aduiii..melencong pula aku ni..aku tersengih sendiri.

pulang daripada sekolah...masa yg ditakuti akhirnya tiba jua..."assalamualaikum, para mujahidah pejuang agama. hari ini ana nak kenalkan antunna semua dengan beberapa orang naqibah yang baru dilantik untuk menggantikan naqibah-naqibah yang terdahulu. minta berdiri ya naqibah-naqibah baru kita..azra..nur.. "aku bangun sambil menundukkan kepala. bukan kerana menjaga pandangan tetapi kerana malu..ya~ malu.. pasti mereka hairan,kan.. kenapa aku antara yang dilantik kerana begitu banyak lagi mutiara-mutiara dakwah yang lebih layak daripadaku..aku hanya mendiamkan diri...

Ya Allah, adakah ini dugaanMu?

hari pertama bersama usrah...conduct adik2 f1..hm~macammana ya? ..aku diarahkan untuk masuk ke kumpulan kak syifa. nasibku baik kerana kak syifa merupakan seorang naqibah yang petah berkata-kata..tidaklah sunyi usrah ini kalau hanya mengharapkan aku...tapi, kumpulan hari tu hanyalah buat sementara waktu. Esoknya, kami dibahagi-bahagikan semula usrah mengikut kumpulan yang sebetulnya..Alhamdulillah, dapat kak naqibah yang petah berkata-kata macam kak syifa juga, cuma yang berbezanya kali ni kena conduct adik-adik form2,..lagi teruk~ deorang tanya soalan-soalan yang advance.. sangat-sangat advance. Tak terjawab aku. Nasib baik Kak Humaira ni ada.


hei nur, adik tu macam pandang pelik je kat ngko. maklumlah~ dia tahu macammana ngko kat asrama...xdelah pendiam sangat tapi bila masuk usrah, jadi budak baek..itulah ngko, sapa suruh jadi budak nakal time form3. "ish! mana adalah~ aku cuma masih tercari-cari identiti diri yang sebenar la waktu form3 dulu..." . Hati berbalah kata dengan perasaan.. ya..Mungkin ya..ya~aku akui. Aku memang bukan budak baek. Tapi, itu dulu...


nampaknya balik rumah ni nak kena "top-up" ilmu lagi ni..baru kusedar yang ilmu yang sudah kumiliki setakat ini hanyalah umpama setitis air laut dari lautan pasifik.

...bersambung... :) :)

>>maaf ya kalau tidak berapa faham akan selok belok cerita ni...si nur ni memang banyak monolog.. hehe~

No comments: