Monday, January 31, 2011

sambungan "layakkah aku?"

hm~pukul 4 lah balik rumah. ole-ole bertimbun ni. Kalau boleh siapkan sekarang seronok juga, mesti balik ni boleh main-main sikit...

pejam celik, pejam celik... sreet~ oh, abah dah sampai rupanya.. "oklah Sya, Zati, nur balik dulu ye." kataku sambil bersalaman dengan mereka. oh~indahnya persahabatan ini...

di pertengahan jalan, adikku merengek kelaparan , dan seperti biasa, aku turut menyokongnya dengan mereka ayat untuk dikatakan kepada abah..haha~kami memang sekepala..
"oklah~kedai depan tu buka,kan? " "hm~aah..buka. tapi tak ada orang yang makan kat situ. tak kisahlah~jom abah..hehe"

"kak, bagi saya nasi goreng daging merah tanpa sotong . ha , adik, nak makan apa? oo~kakak taw. bagi nasi goreng tu lagi satu ya!"
sesampainya tempahan tersebut, rasa geram terus bertandang di hati ku. ish akak ni! orang cakap jangan letak sotong, nak letak jugak. ni geram nih. bayar balik!" bebelku dalam hati sambil menunjukkan ekspressi muka yang agak marah. Bukan sengaja aku mengada-ngada tidak sukakan sotong, tapi mahu bagaimana lagi, doktor yang menasihati aku supaya jangan makan haiwan laut tersebut, alergik katanya.

"abah, tengok menu ni. orang cakap jangan letak sotong, janganlah letak. tak prihatin betul! " omelku sambil mengharapkan abah akan marah begitu juga.
Tapi.... "tak apalah dik. bungkus sajalah nasi ni. ha~bawa lagi satu yang tak ada sotong ya"

ha..abah? napa tak marah? ish~bertambah lemak la deorang tu nanti.
menu kedua sampai, aku dan adik menikmatinya dengan khusyuk sekali, biasalah~lapar...nanti nak tanya abahlah.

dalam kereta, sedang menuju ke masjid utk menunaikan solat asar.."abah, kenapa abah tak marah deorang tu tadi. geram betul! orang mintak lain, deorang bagi lain. ish! "
dengan tenang, abah menjawab... "nur, tadi abah rasa abah boleh bertolak ansur. Perkara kecil sahaja,kan? Lagipun, abah dah kata kat diri abah yang tu mungkin bukan rezeki kita. Entah rezeki siapalah nanti. Rezeki kita hari ni bukan nasi itu .. "

"oh..." aku tersentak "betul juga ya". Kenapalah aku tak berfikiran macam abah ,tadi. Ish..malunya, dahlah tengah pakai tudung labuh ni, buat muka marah pulak. Habis tercemar imej mereka-mereka yang bertudung labuh dengan minded set 'orang pakai tudung labuh cepat marah' aaa~janganlah~ takmahulah macam tu..
Entah kenapa, fikiranku melayang mengingatkan jawatan 'naqibah' tersebut..aish~nampak sangat aku ni tak layak.
dan ,dalam diam, aku kagumi sifat abah yang pemaaf itu. Hm~harap-harap nur boleh jadi macam abah suatu hari nanti..

Sesampainya di rumah, seperti biasa, tempat pertama yang ku tuju adalah bilik kesayanganku yang bercat biru lembut itu..aduhai bilik~ rindunya..dah sebulan tak tidur dalam ni. Dan, tanpa membuang masa lagi, aku meneruskan misi aku..sudah menjadi kebiasaan, misi aku adalah MEMBUKA FACEBOOK. hehe~tengok perkembangan baru. Aku dapat rasakan yang sejak akhir-akhir ni, pandai pula aku memanfaatkan facebook.acece, puji diri sendiri.haha~ Betullah, aku suka share macam-macam. Sudah jadi  hobiku.

lepas facebook, blog.. ya~blog yang dah bersawang tu." hm~" keluhku kesal. Malaslah nak update blog ni. Rasa macam xde apa-apa yang menarik je. Macam tak berfaedah ada juga.. Kisah hidup saja~ bosanlah..tak boleh bagi manfaat dekat orang lain. Seterusnya...ILUVISLAM. ya, ni seronok ni.

Pantas sahaja tanganku menaip..search : "cerpen" . Ya, cepat2, mana sambungannya hari tu? haa~ada pun..Dengan khusyuknya aku menghayati cerpen-cerpen tersebut. Mungkin boleh jadikan sebagai bahan untuk diceritakan dalam usrah nanti.  Memang niatku begitu, cari cerita untuk disampaikan dalam usrah. Aku memang suka bercerita..tak tahulah kenapa..sejak azali~

selepas 'menelaah' beberapa cerpen tersebut, aku menekan 'home' ..hm~apa artikel terbaru ya? "oh~" .mataku tertancap pada bar yang paling bawah di situ. 'join chat(16)'.  ish~lupa pulak..seronok jugak chatting di sini. pelbagai peringkat umur ada, akak2 ada, adik2 ada, ustaz2 ada.
Tapi, masih adakah teman-teman chatting sebelum aku pulang ke 'bait At-Tolabah' hari itu ya? hm~ connecting...
oh~ dah tak adalah deorang semua tu.. segan pulak nak masuk cari kawan-kawan baru. haha~itulah kelemahanku..'takut' , bukannya tak akan dapat kawan,kan?  tapi ,takut untuk bercampur itu terlebih. Takut orang tak layan..haha~

aku memberi salam dan mula bertanya tentang soalan-soalan yang bermain di fikiranku.....

tapi, seperti biasa, pasti ada saja perkataan aku menceriakan orang dan mungkin tak kurang juga yang mengguris hati orang...maklumlah~aku bukanlah jenis yang menonjolkan siapa aku..tambah-tambah pada orang yang tidak kukenali..orang add aku pun kadang-kala aku x mengesahkannya..bukan apa...TAKUT~ maybe..
 --------------------------------------------------------------------------------

haa~cerita ni tak habis lagi ya...mungkin bersambung lewat sedikit..sebab saya tak punya idea yang mencurah-curah seperti waktu exam lah...hehe~ maaf ya...

to be continued>>>

No comments: